Friday, 7 March 2014

Kau

Kau,
Jadilah seseorang yg boleh mengawal aku dan pada masa yang sama aku menghormati kau.
Aku tidak pernah mohon untuk mengawal hidup orang lain kerna aku tahu siapa aku.

Kau,
Jadilah seseorang yang akan menjadikan aku seorang yang sentiasa hormat dengan keputusan kau.
Bukan bermakna aku tiada keputusan sendiri tetapi biarkan hanya aku yang menyelami pendapat aku.

Kau,
Jadilah seseorang yang mengetahui siapa aku sebenarnya bukan hanya memahami tetapi tidak mengetahui,
Aku bukan nak kau korek dalam-dalam tentang aku, cukuplah sekadar kau tahu aku ini bagaimana.

Kau,
Jadilah diri kau. Dan aku akan tetap aku. Kerana kau tidak akan pernah menjadi aku dan aku tidak mungkin untuk menjadi aku.
Cukuplah sekadar mengetahui siapa aku.

No comments:

Post a Comment

suramsepi

Sahabat

Sahabat. . Seseorang yang Dia anugerahkan untuk kau. Pendengar, tempat luahan hati dan kau kena hargai. Selalunya kalau dah nama dia sa...