Tuesday, 25 February 2014

Kawan

Sahabat,
Apa yg kau paham pasal sahabat,
Mungkin beza dengan pahaman aku..

Pada aku,
semua sahabat aku otak semua senget,
Lejen kaki jalan round satu bndar, lejen mulut longkang plus puaka, lejen bakar hati orang, semua sekali lejen.
Lejen tabur hati dgn kata-kata emas, lejen paham hati orang, lejen semuanya.

Apa beza kawan dgn sahabat pulak,
Kau kene rasa macam mana rasa hampir semua orang kenal kau,
Kau pegi mana-mana hatta sorok bwah meja pon dorg kenal...itu tipu..,
Semua dok layan otak senget kau,
Itu kawan pada aku..

Tapi aku tetap aku,
Terharu bile ade orang paham diri aku, senang cite terima baik buruk aku,
Dorg shbat,
Walau selongkang mane aku, dorg sokong aku.
Aku sayang korg.

Monday, 24 February 2014

Apa kau paham

Semuanya tentang kite.
Aku kau dan semua.
Saling bergantung,
Saling tak tumpah mcm keluarga.

Tapi,
Tu semua pandangan aku,
Pendapat aku,
Huraian aku tentang kita semua.

Kau,
Ape pula?
Samekah? Berbezakah?
Harap-harap sama dan lebih baik.

Semuanya tentang kite,
Nangis, tawa guling-guling, renjis-renjis air mata,
Semua bersama,
Nak sorg-sorg tolonglah duduk hutan.

Saturday, 22 February 2014

Karma

Apa yang kita lihat, adakah sama dgn apa yg kita dengar?
Apa yg kita blajar, adakah sama dgan realiti sebenar?
Apa yg kita ada sekarang, adakah adil untuk semua golongan?

Byak persoalan karma yg amat pedih utk diperdgarkan jawapannya.

Wednesday, 19 February 2014

Maha Mengetahui

Allah kenal setiap umatnya,
Dia tahu macam mane nak tegur umatnya apabila melakukan kesilapan,
Dan tanggungjawb umatnya untuk menyedari kesilapannya.

Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Subhanallah.

Tanpa Sedar

dan tanpa sedar,
mereka menghakimi segalanya,
merekalah tuhan untuk semuanya,
merekalah yang mengadili tanpa belas kasihan.

tanpa sedar juga,
mereka telah dihukum,
mereka telah dipermainkan dengan rakusnya,
mereka telah dihakimi tanpa pembelaan.

tanpa sedar,
mereka rakus dalam segalanya,
mereka telah tergoda dengan seenakknya,
mereka termakan racun yang berbisa.

dan tanpa sedar,
semuanya telah berlaku,
seperti mimpi yang sentiasa mengganggu tidur di malam hari,
walhal, itu adalah realiti tanpa sedar.

semuanya berlaku tanpa sedar,
mereka terlalu khayal,
terlalu taksub dengan sesuatu,
dan akhirnya memusnahkan, meruntuhkan yang akan mengakibatkan orang lain.

semuanya berlaku tanpa sedar!


Tuesday, 18 February 2014

pengembara

wahai pengembara dunia,

hidup ini sentiasa berputar,

terkadang kau di atas dan terkadang kau dibawah,

jangan terlalu angkuh,

kerna sesungguhnya kau hanyalah seorang pengembara,

tidak kiranya betapa vogue nya kau,

akhirnya kau akan kembali ke tempat asal dimana segalanya bermula.

ingatlah ....
berpijak dibumi yang nyata.


wahai dunia

Kau sudah tua,
Sudah lama menanggung dosa,
kerna semua manusia yang tidak kira usia,
Baik muda atau tua.

kau sudah tua,
sudah uzur dimamah usia,
sudah makan dimamah zaman,
tunggu masa untuk pergi.

kau sudah tua,
robek disana sini,
lompang tanpa isinya,
hanya air sahaja yang menutupi.

tapi, kenapa??
kenapa manusia ini terlalu angkuh,
tidakkah mereka sedar,
ketiadaannya akan memberi kesan paling deep pada mereka.

sedarlah manusia,
sesungguhnya kau sedang dalam bahaya.

Sahabat

Sahabat. . Seseorang yang Dia anugerahkan untuk kau. Pendengar, tempat luahan hati dan kau kena hargai. Selalunya kalau dah nama dia sa...