Sunday, 14 December 2014

Asas

Asas semua sama.
Tapi kandungan dan jalan cerita berbeza.

Asas solat fardu 5 waktu.
Tapi rakaat pada zaman rasulallah beza dengan zaman umat sekarang.

Pada dasarnya asas kefahaman kita adalah sama.
Tapi tetap berbeza dalam proses utk memahamkan dan meluaskan.

Saturday, 6 December 2014

Komitmen

Komitmen.
Apa kau rasa the tentang komitmen.
Dan apa pandangan kau tentang komitmen.

Pada-Nya.
Ibu bapa.
Keluarga.
Sahabat.
Kerja. Belajar.

Mana yang perlu didulukan.

Pada aku semua penting.
Aku nak komited dengan semua.
Aku cuba cuba dan cuba.

Sokongan mereka juga penting.

"Ok. Nangisss. Gua cuma nak sedikit sokongan plus kepercayaan kau. Gua komited dengan kerja gua selama ni. Full komitmen gua bagi, time ni gua macam dah tak boleh lari. Gua sesak wey, kau macam bagi gua option. Gua tak boleh pilih, gua wajib buat dua dua dengan sempurna. Mungkin gua ada silap kat mana mana yg menyebabkan orang tetap tak kenal macam mana kalau kerja dengan gua. Silap gua. Allah."

Monday, 1 December 2014

RahmatNya

Rahmat ALLAH tiada siapa dapat menduga.

Kau pinta sekarang,
Belum tentu makbul sekarang.

Apa kau rasa,
Apa kau nampak,
Apa kau dengar,
Belum tentu ia terbaik untuk kau.

Percayalah.

Rahmat ALLAH akan tiba pada masa yang paling tepat.

Saat Dia rasa kau sudah matang untuk hadapnya.

Lambat atau cepat bukan urusan kau.
Dia sentiasa ada untuk kau. Ingatlah.

Friday, 31 October 2014

Berubah

Terkadang aku alpa
Terkadang aku lupa
Terkadang aku sering melupakan
Tentang suatu perubahan yang selalu terjadi terhadap diri aku
Dewasa mematangkan
Tapi.
Aku mahu yang dulu
Cuma lebih terbuka
Takut menjadi dewasa itu aku.
Sangat LOSER kan

Doakan aku

Thursday, 25 September 2014

Expectation

Apa kau expect bila someone suarakan ketakpuasan hati tentang sesuatu perkara.

Mesti, ada suatu pihak yang akan menyelesaikan.

Dan kalau semua orang jadi menteri.
Tak ke kacau bilau.
Sedangkan ada satu menteri pon, macam macam jadi.

Fikir meluas.

Sunday, 21 September 2014

Keyakinan

Kaki melangkah.
Menuju suatu kejayaan.
Dengan berbekalkan semangat.
Usaha yang gigih.
Dan hanya kita yang memahami usaha kita.

Yakin dengan diri sendiri.

Adik beradik

Tak kan putus tali persaudaraan walau bergegar arasy ilahi sekalipun.

Kita tetap bersaudara walau bumi lenyap ditelan zaman.

Gaduh. Tikam lidah.
Adat bersaudara.

Bantu membantu itu makanan kita.
Tak ada selain saudara yang dapat membantu kita.

Sakit, susah, senang.
Semua hadap bersama.

Hargailah nilai persaudaraan.
Supaya ia lebih manis dan bermakna.

Adab menjawab

Perhatikan.
Perhatikan.
Perhatikan.

Biar jelas.
Biar terang.
Biar puas.

Baru boleh cakap.
Kalau tak, diam.

Monday, 1 September 2014

Dengar.Diam

Dengar.
Diam.

Ya. Dua perkataan yang terkadang mudah dan sukar.
Dan terkadang ia boleh menyebabkan pergaduhan, bertikam lidah dan putus saudara.
Ia disebabkan sama ada melakukan dua perkataan tersebut atau tidak.

Tetapi.
Ingatlah. Melakukannya lebih baik.
Dengar dan diam.
Serta menyuarakan tatkala diperlukan.
Ia lebih baik daripada menyuarakan membabi buta tanpa usul.

Tuesday, 26 August 2014

Didikan

Bukan mudah dalam mendidik.
Bukan mudah mahu menggalas tanggungjawab.
Bukan mudah mencipta seseorang.
Bukan mudah melakukan.
Dan lebih mudah berkata kata.

Dalam mendidik.
Boleh jadi ia adalah yang terbaik.
Dan boleh jadi ia adalah yang paling kurang.
Dan ia akan menjadi penyebab suatu kehancuran.

Memang ramai yang boleh berkata kata.
Tetapi tidak semua memahami.

Cuba memahami suatu didikan.
Dan buat yang terbaik.
Paling kurang, tidak dipersalahkan dikemudian hari.
Ia sesuatu yang amat menyesakkan. Dan sesalan sepanjang hayat.

Thursday, 14 August 2014

Lemah

Lemah. Kelemahan.
Sama suku kata.

Ia boleh jadikan kita lemah.
Bermain dengan perasaan memang pahit.

Jangan sesekali jadikan kelebihn seseorang peluru utk musnahkannya.
Memang kejam.

Ingatlah.
Segalanya ada balasan.

Monday, 11 August 2014

Berpijak di atas Kaki sendiri

Miskin. Kaya.
Rupa paras.
Bukan ukuran.

Berpijak di atas bakat sendiri.

Perlu ke expose sgt semua perkara.
Penat. Sakit. Perittt

Sila berpijak di atas kaki sendiri.

Sunday, 20 July 2014

Nama

nama.
manusia dengan nama.
nama yang melambangkan suatu peribadi.
nama yan membawa seribu makna, tanggungjawab.
mungkin juga sejuta atau lebih lagi.

nama.
kau nama.
kau jahat, nama.
kau baik, nama.
kau derhaka, juga nama.

nama.
yang disanjung nama.
yang dikutuk, dikeji juga nama.
boleh jadi, mulia suatu nama.
dan hina juga suatu nama.

nama.
apa itu nama.
tidak usah pandang tinggi pada nama.
ia akan binasa jua.

Wednesday, 11 June 2014

budi. bahasa.

orang berbudi,
kita berbahasa.

orang tak pandai nak berbahasa.
kita nak buat apa.
kita tengok apa yang mampu kita buat masa tu.

ya. saksikan saja.

Friday, 30 May 2014

hidup

hidup.
kehidupan.

hidup ini macam equation math.
kau boleh try and error.
kalau tak valid, cuba yang lain.

hidup.
kau hidup kerana-Nya.
kau hidup atas budi bicara-Nya.
untuk melihat sejauh mana kau mampu untuk menjadi hamba yang patuh.

hidup.
atas dasar suatu kehidupan.
kau menerima banyak dugaan.
tak thrill suatu kehidupan tanpa dugaan.
tapi, kau kena selalu ingatkan diri bahawa semua dugaan berlaku dengan izin-Nya.
dan atas kemampuan kau sendiri.

hidup.
ya, aku juga manusia biasa.
aku terlalu ingin mengetahui tentang kehidupan.
aku yakin dengan-Nya.
dan sesungguhnya,
hanya secebis doa, kehidupan akan berubah.

atas dasar suatu kehidupan.

Tuesday, 20 May 2014

#pelajar

saat paling berharga.
yang aku hargai saat aku bergelar pelajar.
adalah saat aku dapat meluangkan masa bersama kawan.
ya. mudah.
setiap masa bersama.
tapi saat saat yang amat aku ingat.
iaitu saat aku dan meraka bersama sama buat sesuatu yang luar alam.

aku tahu. mereka tahu. dan kau juga tahu.
kerna kita semua pernah menjadi pelajar.
dan selamanya pelajar.

Saturday, 17 May 2014

#lahir

Norma hidup manusia.
Memang pelupa.
Aku , kau dan semua.
tak lari dari hakikat itu.
Memang akan mengalami.


kerna apa.
kerna kita manusia.
tiada yang sempurna.
selain-Nya.

tetapi.
jangan sesekali melupakanNya.
tegarkah kau melupakan sang pencipta.
dengan izinNya, lahirnya kau di dunia.

jadi manusia yang sentiasa menghargai.
semua yang berlaku ada asbab yang tertentu.
turunkan ego.
menadah tangan.

Tuesday, 13 May 2014

janji

janji.
mudah nak ungkap.
walaupun secara sedar dan tanpa sedar.
tapi banyaknya kita sedar yang kita sedang berjanji.

janji.
banyak kesan akan terjadi atas suatu janji.
bukan susah nak nampak kesan.
dan bukan susah juga nak memberikan kesan.

janji.
sesungguhnya janji itu duri.
tidak terlaksana, maka tertusuklah pada duri.

Monday, 5 May 2014

Air muka

Kasihan.
Aku tidak pinta kasihan sesiapa.
Aku sentap pabila ada insan yang mengasihani aku.
Kerna sesungguhnya, aku tidak layak.

Ingat. Aku begini hanya dengan niat untuk menceriakan suasana.
Pabila aku ambil sikap tidak peduli, sungguh aku tidak peduli.
Dan aku sendiri tidak suka sikap aku yang tidak suka ambil peduli.

Walaupun. Nampak seperti menjaga tepi kain org. Tapi itu juga bukan cara aku.
Hanya akan menjaga air muka seseorg sebaik mungkin kerna aku tahu maruah hanya satu.

Kelihatan bodoh lebih baik bagiku daripada kelihatan pandai.
Sok tahu semua perkara. Tiada niat.
Hanya meneka. Cuma mungkin tidak kena cara.
Allah lebih tahu apa yang aku sendiri tidak tahu.

Khilaf diri sendiri

Aku bodoh untuk menunjukkan aku ini bodoh.
Khilaf diri. Semua nampak.
Cuba untuk menjadi penceria suasana.
Tidak berjaya. Kerna manusia itu berbeza.

Cuba kenali aku.
Jangan menghakimi aku.
Kekurangan aku mungkin akan menjadi kelebihanku.
Aku tidak pinta kau tahu siapa aku sebenarnya.
Tapi, cukuplah kau tahu bagaimana aku sebenarnya.
Itu sudah memadai.

Aku aku aku

Aku bukan mahu tunjuk pandai.
Bukan mahu tunjuk aku bodoh.
Tapi kekadang.
Aku lupa. Norma hidup manusia seperti aku yang pelupa.
Aku lupa untuk menapis kata kataku.
Aku alpa kerna aku ingat semua orang sudah mengenali aku.
Aku alpa kerna lupa yang bukan semua dapat kenali aku.
Maafkan aku.
Mungkin aku perlu menjadi seorang yang mungkin akan menjadikan siapa aku yang sebenar.

Sunday, 4 May 2014

Tentang aku

Rupa Biasa je. Alhamdulilah syukur.

Dress up ala kadar. Tak overdress, selalu peringat diri. Jarang make up, mungkin akan try utk belajar dan belajar.

Bahasa. Kasar sikit kot. Hehe.

Perwatakan agak kecoh. Haha. If u know who am i.

Ilmu hanya sedikit. Seperti orang lain sedang menggali gali tapi masih kurang daripada suku. Mencari ilmu dari setiap aspek.

Sesungguhnya.
Aku bersyukur siapa aku.
Tiada kurang tiada lebih.
Timbul kekurangan daripada aku sendiri dan segala yang cantik daripadaNya.

Saturday, 3 May 2014

Mampu

kita mampu berkata kata.
Selagi kita tidak mengalami.

Kita mampu untuk tersenyum.
Selagi kita tidak mengalami.

Kita mampu lihat segalanya.
Selagi kita tidak mengalami.

Dan.
Tatkala kita mengalaminya.
Kita diam.
Hanya berpandukan kemampuan sendiri.
Tidak akan menoleh yang lain

Refleksi diri.

Tuesday, 29 April 2014

Hashtag

Era globalisasi.
Zaman dimana kenaikan teknologi secara extreme.
Kau sedar, aku sedar dan kita semua sedar.

Ada apa dengan #hashtag
Twitter.
Facebook.
Tumblr.
Semuanya menggunakan #hashtag.

Kabur mata.
Mudahkan hidup dengan teknologi.
Hanya #hashtag.
Satu dunia mengetahui sesuatu perkara.
Satu dunia. Satu dunia.

Pernah fikir tak.
Pabila zaman kejatuhan teknologi.

Aku masih berfikir.
Dan tetap duduk menghadap twitter.



Kau aku

Masalah kau bukan masalah aku.
Ada aku kisah.
Kau dengan cara kau dan aku tetap aku.
Pedulikan aku sebab aku tak pernah pedulikan kau.

Sakit. Pedih. Perit.
Pabila kau sendiri menuturkan kata kata sebegini.
Apa tujuan kau hidup.
Adakah hanya untuk bersendirian.

Untuk terlahirnya kau juga memerlukan dua orang.
Ini bermakna kita saling bergantung.

Hidup hanya dua kali.
Di dunia dan di akhirat kelak.
Tersilap langkah.
Rosak semuanya.
Ingat!

Kehilangan

Kau akan mula menghargai pabila kau kehilangan.

Sakit. Pedih.

Pabila kau telah meletakkan suatu harapan dan hancur atas dasar kehilangan.

Luluh hati.

Sosial

Dulu.
Kau bebas nak bersosial.
Main lari lari.
Main guli.
Main baling selipar.
Main layang layang.
Main batu seremban.

Sekarang.
Kau juga bebas bersosial.
Duduk pegang gajet,
Main game.
Whatapps.
Wechat.
Twitter.
Facebook.
Tumblr.

Dulu dan sekarang.
Tiada beza.
Bebas bersosial.

Tapi.

Masalah sosial sekarang lagi teruk dari dulu.

Sendiri fikir, sendiri alami, sendiri rasa. Anda tahu apa yang terbaik.

Hukum

Hukum.
Hukum.
Hukum.

Kau pandang enteng pada hukum.
Kau pandang sebelah mata pada hukum.
Kau sengaja. Kau tidak sengaja.
Kau kau kau. Aku.
Semuanya sama.
Kerna kita semua umat dunia.
Penghuni abadi.

Hukum alam. Hukum dunia. Hukum akhirat. Hukum karma. Hukum manusia.

Kau ketawa.
Hukum ini semua untuk kau.
Sedar atau tidak.
Sedarlah.

Saturday, 26 April 2014

Lumrah

Jatuh bangun.
Susah senang.

Kau tak boleh hadap seorang.

Kau perlukan orang lain.
Untuk bimbing kau.
Nasihat kau dan
Paling penting.
Teman kau.

Sunday, 13 April 2014

Penat

Penat.
Lelah.
Fikir tentang orang lain.

Kalau kau rasa seperti yang aku rasa. Kau akan faham.

Penat. Lelah.
Nak lari dari manusia.

Friday, 11 April 2014

Keliru

Betul atau salah.

Terkadang aku sendiri tak pasti yang mana betul dan yang mana salah.
Macam nak hentak kepala, hentak dada.
Kau tahu apa yang betul dan salah?

Aku makan.
Betul ke salah ?
Aku tidur.
Betul ke salah ?
Aku jalan.
Betul ke salah ?
Semua yang aku buat.
Betul ke salah ?

Masa kecil.
Kau buat salah ke buat betul ke. Tetap betul sebab tak faham lagi apa apa tentang hidup.
Masa sekarang.
Aku sentiasa fikir. Betul ke salah, semua yang aku buat nie.

Kau tahu?
Aku nak tahu.

Wednesday, 26 March 2014

Bumi menangis

Bumi menangis lagi.

Bumi menangis lagi.

Jangan buat sampai bumi murka.

Tatkala bumi murka.

Tunggulah saat dimana semuanya akan lenyap.

Sekelip mata.

Bumi menangis.

Bukan kerana gembira.

Tapi kerana sedih melihat manusia hina yg tidak pandai ucap terima kasih.

Tuesday, 18 March 2014

lagu 3 kupang

Lagu 3 kupang,
Sagu penuh padi,
6 ekor burung,
Masuk dalam kuali.

Bila sudah masak,
Burung nyanyi saja,
Tentu enak makan,
Beri pada raja.

Raja dalam rumah,
Buat kira-kira,
Suri dalam dapur,
Makan roti gula.

Dayang tepi kolam,
Mahu jemur tepung,
Datang burung hitam,
Patuk batang hidung.

*sesungguhnya ini legend*

Friday, 7 March 2014

Kau

Kau,
Jadilah seseorang yg boleh mengawal aku dan pada masa yang sama aku menghormati kau.
Aku tidak pernah mohon untuk mengawal hidup orang lain kerna aku tahu siapa aku.

Kau,
Jadilah seseorang yang akan menjadikan aku seorang yang sentiasa hormat dengan keputusan kau.
Bukan bermakna aku tiada keputusan sendiri tetapi biarkan hanya aku yang menyelami pendapat aku.

Kau,
Jadilah seseorang yang mengetahui siapa aku sebenarnya bukan hanya memahami tetapi tidak mengetahui,
Aku bukan nak kau korek dalam-dalam tentang aku, cukuplah sekadar kau tahu aku ini bagaimana.

Kau,
Jadilah diri kau. Dan aku akan tetap aku. Kerana kau tidak akan pernah menjadi aku dan aku tidak mungkin untuk menjadi aku.
Cukuplah sekadar mengetahui siapa aku.

Saturday, 1 March 2014

Tamak

Perbualan aku dgn kawan sorang nie :

Kawan : Kalau ad sebtg pokok epal, Kita mesti nak yg atas sekali.
Aku : opcoz, so kite kenelah pnjat dan bg full komitmen utk panjat pokok tu.
Kawan : tapi aku nak semua, so aku tebang then aku dpt semua.
Aku : kau tamak sgt, sedangkan makan 1 kau da kenyang apatah lgi makan semua.
Kawan : aku dpt apa yg aku nak, utk apa aku pikir semua tu.
Aku : pfft.. What the...

Speechless, dlm hati maki.
Memang kau hidup sorg kan.

Tuesday, 25 February 2014

Kawan

Sahabat,
Apa yg kau paham pasal sahabat,
Mungkin beza dengan pahaman aku..

Pada aku,
semua sahabat aku otak semua senget,
Lejen kaki jalan round satu bndar, lejen mulut longkang plus puaka, lejen bakar hati orang, semua sekali lejen.
Lejen tabur hati dgn kata-kata emas, lejen paham hati orang, lejen semuanya.

Apa beza kawan dgn sahabat pulak,
Kau kene rasa macam mana rasa hampir semua orang kenal kau,
Kau pegi mana-mana hatta sorok bwah meja pon dorg kenal...itu tipu..,
Semua dok layan otak senget kau,
Itu kawan pada aku..

Tapi aku tetap aku,
Terharu bile ade orang paham diri aku, senang cite terima baik buruk aku,
Dorg shbat,
Walau selongkang mane aku, dorg sokong aku.
Aku sayang korg.

Monday, 24 February 2014

Apa kau paham

Semuanya tentang kite.
Aku kau dan semua.
Saling bergantung,
Saling tak tumpah mcm keluarga.

Tapi,
Tu semua pandangan aku,
Pendapat aku,
Huraian aku tentang kita semua.

Kau,
Ape pula?
Samekah? Berbezakah?
Harap-harap sama dan lebih baik.

Semuanya tentang kite,
Nangis, tawa guling-guling, renjis-renjis air mata,
Semua bersama,
Nak sorg-sorg tolonglah duduk hutan.

Saturday, 22 February 2014

Karma

Apa yang kita lihat, adakah sama dgn apa yg kita dengar?
Apa yg kita blajar, adakah sama dgan realiti sebenar?
Apa yg kita ada sekarang, adakah adil untuk semua golongan?

Byak persoalan karma yg amat pedih utk diperdgarkan jawapannya.

Wednesday, 19 February 2014

Maha Mengetahui

Allah kenal setiap umatnya,
Dia tahu macam mane nak tegur umatnya apabila melakukan kesilapan,
Dan tanggungjawb umatnya untuk menyedari kesilapannya.

Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Subhanallah.

Tanpa Sedar

dan tanpa sedar,
mereka menghakimi segalanya,
merekalah tuhan untuk semuanya,
merekalah yang mengadili tanpa belas kasihan.

tanpa sedar juga,
mereka telah dihukum,
mereka telah dipermainkan dengan rakusnya,
mereka telah dihakimi tanpa pembelaan.

tanpa sedar,
mereka rakus dalam segalanya,
mereka telah tergoda dengan seenakknya,
mereka termakan racun yang berbisa.

dan tanpa sedar,
semuanya telah berlaku,
seperti mimpi yang sentiasa mengganggu tidur di malam hari,
walhal, itu adalah realiti tanpa sedar.

semuanya berlaku tanpa sedar,
mereka terlalu khayal,
terlalu taksub dengan sesuatu,
dan akhirnya memusnahkan, meruntuhkan yang akan mengakibatkan orang lain.

semuanya berlaku tanpa sedar!


Tuesday, 18 February 2014

pengembara

wahai pengembara dunia,

hidup ini sentiasa berputar,

terkadang kau di atas dan terkadang kau dibawah,

jangan terlalu angkuh,

kerna sesungguhnya kau hanyalah seorang pengembara,

tidak kiranya betapa vogue nya kau,

akhirnya kau akan kembali ke tempat asal dimana segalanya bermula.

ingatlah ....
berpijak dibumi yang nyata.


wahai dunia

Kau sudah tua,
Sudah lama menanggung dosa,
kerna semua manusia yang tidak kira usia,
Baik muda atau tua.

kau sudah tua,
sudah uzur dimamah usia,
sudah makan dimamah zaman,
tunggu masa untuk pergi.

kau sudah tua,
robek disana sini,
lompang tanpa isinya,
hanya air sahaja yang menutupi.

tapi, kenapa??
kenapa manusia ini terlalu angkuh,
tidakkah mereka sedar,
ketiadaannya akan memberi kesan paling deep pada mereka.

sedarlah manusia,
sesungguhnya kau sedang dalam bahaya.

Tuesday, 7 January 2014

Deep

sape aku nak burukkan orang,
Sape aku nak bukak aib orang,
Canang cite aktiviti seharian orang,
Malukan orang,
Sape aku!
Kau tak kenal lagi aku jangan nak dok hukum aku,
Strght forward jek lah, kan mudah,
Kau burukkan aku,
Haram kau.
Aku bukan jenis mkn dalam,
Tapi ape yang kau buat,
Sangat deep,
Aku rasa hina,
sehina yang kau kata sesuatu yang haram itu harus.
Sekian luahan hati paling deep.

Sahabat

Sahabat. . Seseorang yang Dia anugerahkan untuk kau. Pendengar, tempat luahan hati dan kau kena hargai. Selalunya kalau dah nama dia sa...