Friday, 30 May 2014
hidup
kehidupan.
hidup ini macam equation math.
kau boleh try and error.
kalau tak valid, cuba yang lain.
hidup.
kau hidup kerana-Nya.
kau hidup atas budi bicara-Nya.
untuk melihat sejauh mana kau mampu untuk menjadi hamba yang patuh.
hidup.
atas dasar suatu kehidupan.
kau menerima banyak dugaan.
tak thrill suatu kehidupan tanpa dugaan.
tapi, kau kena selalu ingatkan diri bahawa semua dugaan berlaku dengan izin-Nya.
dan atas kemampuan kau sendiri.
hidup.
ya, aku juga manusia biasa.
aku terlalu ingin mengetahui tentang kehidupan.
aku yakin dengan-Nya.
dan sesungguhnya,
hanya secebis doa, kehidupan akan berubah.
atas dasar suatu kehidupan.
Tuesday, 20 May 2014
#pelajar
yang aku hargai saat aku bergelar pelajar.
adalah saat aku dapat meluangkan masa bersama kawan.
ya. mudah.
setiap masa bersama.
tapi saat saat yang amat aku ingat.
iaitu saat aku dan meraka bersama sama buat sesuatu yang luar alam.
aku tahu. mereka tahu. dan kau juga tahu.
kerna kita semua pernah menjadi pelajar.
dan selamanya pelajar.
Saturday, 17 May 2014
#lahir
Memang pelupa.
Aku , kau dan semua.
tak lari dari hakikat itu.
Memang akan mengalami.
kerna apa.
kerna kita manusia.
tiada yang sempurna.
selain-Nya.
tetapi.
jangan sesekali melupakanNya.
tegarkah kau melupakan sang pencipta.
dengan izinNya, lahirnya kau di dunia.
jadi manusia yang sentiasa menghargai.
semua yang berlaku ada asbab yang tertentu.
turunkan ego.
menadah tangan.
Tuesday, 13 May 2014
janji
mudah nak ungkap.
walaupun secara sedar dan tanpa sedar.
tapi banyaknya kita sedar yang kita sedang berjanji.
janji.
banyak kesan akan terjadi atas suatu janji.
bukan susah nak nampak kesan.
dan bukan susah juga nak memberikan kesan.
janji.
sesungguhnya janji itu duri.
tidak terlaksana, maka tertusuklah pada duri.
Monday, 5 May 2014
Air muka
Kasihan.
Aku tidak pinta kasihan sesiapa.
Aku sentap pabila ada insan yang mengasihani aku.
Kerna sesungguhnya, aku tidak layak.
Ingat. Aku begini hanya dengan niat untuk menceriakan suasana.
Pabila aku ambil sikap tidak peduli, sungguh aku tidak peduli.
Dan aku sendiri tidak suka sikap aku yang tidak suka ambil peduli.
Walaupun. Nampak seperti menjaga tepi kain org. Tapi itu juga bukan cara aku.
Hanya akan menjaga air muka seseorg sebaik mungkin kerna aku tahu maruah hanya satu.
Kelihatan bodoh lebih baik bagiku daripada kelihatan pandai.
Sok tahu semua perkara. Tiada niat.
Hanya meneka. Cuma mungkin tidak kena cara.
Allah lebih tahu apa yang aku sendiri tidak tahu.
Khilaf diri sendiri
Aku bodoh untuk menunjukkan aku ini bodoh.
Khilaf diri. Semua nampak.
Cuba untuk menjadi penceria suasana.
Tidak berjaya. Kerna manusia itu berbeza.
Cuba kenali aku.
Jangan menghakimi aku.
Kekurangan aku mungkin akan menjadi kelebihanku.
Aku tidak pinta kau tahu siapa aku sebenarnya.
Tapi, cukuplah kau tahu bagaimana aku sebenarnya.
Itu sudah memadai.
Aku aku aku
Aku bukan mahu tunjuk pandai.
Bukan mahu tunjuk aku bodoh.
Tapi kekadang.
Aku lupa. Norma hidup manusia seperti aku yang pelupa.
Aku lupa untuk menapis kata kataku.
Aku alpa kerna aku ingat semua orang sudah mengenali aku.
Aku alpa kerna lupa yang bukan semua dapat kenali aku.
Maafkan aku.
Mungkin aku perlu menjadi seorang yang mungkin akan menjadikan siapa aku yang sebenar.
Sunday, 4 May 2014
Tentang aku
Rupa Biasa je. Alhamdulilah syukur.
Dress up ala kadar. Tak overdress, selalu peringat diri. Jarang make up, mungkin akan try utk belajar dan belajar.
Bahasa. Kasar sikit kot. Hehe.
Perwatakan agak kecoh. Haha. If u know who am i.
Ilmu hanya sedikit. Seperti orang lain sedang menggali gali tapi masih kurang daripada suku. Mencari ilmu dari setiap aspek.
Sesungguhnya.
Aku bersyukur siapa aku.
Tiada kurang tiada lebih.
Timbul kekurangan daripada aku sendiri dan segala yang cantik daripadaNya.
Saturday, 3 May 2014
Mampu
kita mampu berkata kata.
Selagi kita tidak mengalami.
Kita mampu untuk tersenyum.
Selagi kita tidak mengalami.
Kita mampu lihat segalanya.
Selagi kita tidak mengalami.
Dan.
Tatkala kita mengalaminya.
Kita diam.
Hanya berpandukan kemampuan sendiri.
Tidak akan menoleh yang lain
Refleksi diri.
Sahabat
Sahabat. . Seseorang yang Dia anugerahkan untuk kau. Pendengar, tempat luahan hati dan kau kena hargai. Selalunya kalau dah nama dia sa...