Wednesday, 11 December 2013

Aku

Aku,
mungkin bukan idealis,
Yang lahir dengan suatu pemikiran yang unik,
Pemikiran yang amat perlu bagi membuat perubahan kepada dunia.

Aku,
Tak pernah terfikir segala impianku akan jadi kenyataan,
Hanya menaruh harapan,
Tak pernah tahu apa akan jadi pada masa depan,
Hidupkah, matikah pada hari esok.

Aku,
Hanya mampu merancang,
Tapi Tuhan yang menentukan,
Tuhan adalah sebaik-baik perancang.

Aku,
Umpama perakam video dunia realiti,
Sentiasa lapar dengan urusan dunia,
Sentiasa cuba untuk memenuhkan ruang-ruang dalam minda yang serba sempurna kurniaan Tuhan.

Aku,
Berusaha menjadi khalifah dibumiNya,
Sama-samalah kita berusaha,
Kita hanya peminjam dari pemberi pinjam yang tidak pernah kedekut dalam pemberiannya,
Sama-samalah kita berusaha untuk berubah menjadi yang lebih baik...
inshaallah..

Kuno

Ape takrifan kuno..
Not up-to-date,
Kampung,
Ketinggalan zaman,
Pernah rasa diri sendiri kuno?
Even da cuba utk up-to-date,
Cuba utk membandarkan diri,
Cuba utk selari dgn zaman,
Apa yang dikatakan kuno kalau suruhan tuhan sentiasa diberi alasan,
Kalau sentiasa lari dari kebenaran,
Kalau sentiasa serah diri pada pendusta, penderhaka kepada tuhan,
Sentiasa membuat diri dipengaruhi,
Buka minda,
Buka hati,
Jgn biar hatimu dirobek masa.

11.12.13

Monday, 2 December 2013

Mulut

Mulut.

Kerana mulut badan binasa,
Kerana mulut putus saudara,
Kerana mulut hidup jadi papa.

Mulut.

Positivekah?
Negativekah?
Kite sebagai penjaga mulut yg tentukan.

Mulut.

Tuhan da bg free,
Tak kan tak boleh nak jaga,
Tuhan boleh ambil semula bila-bila masa,
Jadi jagalah ia sebaik mungkin.

Sahabat

Sahabat. . Seseorang yang Dia anugerahkan untuk kau. Pendengar, tempat luahan hati dan kau kena hargai. Selalunya kalau dah nama dia sa...