Wednesday, 11 December 2013

Aku

Aku,
mungkin bukan idealis,
Yang lahir dengan suatu pemikiran yang unik,
Pemikiran yang amat perlu bagi membuat perubahan kepada dunia.

Aku,
Tak pernah terfikir segala impianku akan jadi kenyataan,
Hanya menaruh harapan,
Tak pernah tahu apa akan jadi pada masa depan,
Hidupkah, matikah pada hari esok.

Aku,
Hanya mampu merancang,
Tapi Tuhan yang menentukan,
Tuhan adalah sebaik-baik perancang.

Aku,
Umpama perakam video dunia realiti,
Sentiasa lapar dengan urusan dunia,
Sentiasa cuba untuk memenuhkan ruang-ruang dalam minda yang serba sempurna kurniaan Tuhan.

Aku,
Berusaha menjadi khalifah dibumiNya,
Sama-samalah kita berusaha,
Kita hanya peminjam dari pemberi pinjam yang tidak pernah kedekut dalam pemberiannya,
Sama-samalah kita berusaha untuk berubah menjadi yang lebih baik...
inshaallah..

Kuno

Ape takrifan kuno..
Not up-to-date,
Kampung,
Ketinggalan zaman,
Pernah rasa diri sendiri kuno?
Even da cuba utk up-to-date,
Cuba utk membandarkan diri,
Cuba utk selari dgn zaman,
Apa yang dikatakan kuno kalau suruhan tuhan sentiasa diberi alasan,
Kalau sentiasa lari dari kebenaran,
Kalau sentiasa serah diri pada pendusta, penderhaka kepada tuhan,
Sentiasa membuat diri dipengaruhi,
Buka minda,
Buka hati,
Jgn biar hatimu dirobek masa.

11.12.13

Monday, 2 December 2013

Mulut

Mulut.

Kerana mulut badan binasa,
Kerana mulut putus saudara,
Kerana mulut hidup jadi papa.

Mulut.

Positivekah?
Negativekah?
Kite sebagai penjaga mulut yg tentukan.

Mulut.

Tuhan da bg free,
Tak kan tak boleh nak jaga,
Tuhan boleh ambil semula bila-bila masa,
Jadi jagalah ia sebaik mungkin.

Friday, 29 November 2013

Pura-pura

Pura-pura senyum walaupun hati tak sudi,

Pura-pura suka walaupun hakikatnya tak suka,

Pura-pura mendengar padahal tgn pegang tab, main candy crush..

Pura-pura mkn walau perut kate enough,

Pura-pura solat bile depn ustaz,infact solat pon xtahu,

Kite hidup memang pura-pura ke?
Renung2 kan.


Wednesday, 27 November 2013

Pelajar

Pelajar,
Pelbgai ragam,
Pelbgai emosi,
Pelbgai situasi.

Hidup sebgai pelajar,
Memang mudah jika nk dibndingkan dgn bukan pelajar,
Pelajar salah atau betul tetap dlm proses learning,
Tak kira sek rendah, menengah, dgree, phd,
Semua dlm proses learning,
Setiap kesilapan akan diperbetulkan.

Menjadi pemimpin pelajar,
Haruslah boleh memimpin dan dipimpin kerana kita pelajar,
Harus ingat! Jgn sesekali lupe,
Kita pemimpin dan pada yg sama kita dipimpin sbg pelajar,
Tiada beza dgn org lain.

Tidak kira siapa kita di sek, kolej atau universiti,
Kita tetap seorg pelajar,
Yg dahagakan ilmu drpd insan yg rela berkongsi,
Hubungan dgn tuhan dan manusia harus dijaga,
Jgn sesekali alpa dgn nikmat dunia,
Ianya hanya sementara,
Tidak kira yg tua atau muda,
Belajarlah utk belajar,
Belajarlah utk rela memimpin dan dipimpin,
Kerana sesungguhnya ia amat bergune...

Salam dri pelajar selamanya

Tuesday, 20 August 2013

Inikah dunia

assalamualaikum...

Datangku tidak diundang,
Dan aku tetap mahu bertandang,
Terpikir jua apa akibat ditendang, tp mencuba tak salah kan biarpun kecundang...

Inikah dunia yg ku idam2kan,
Dpt meluahkan apa yga dipendam,
Tanpa risau mata yg memandang,
Asalkan hati puas tanpa simpanan.,

Puih, penat memendam rasa,
Terkadang hati terguris xsemena mena,
Hati setiap org perlu dijaga,
Akhirnya, bibir tersenyum walau hati terluka.,

Inikah dunia,
Kadang hati tak kuat untuk menghadapinya,
Tp nk buat mcm mana, tetap kene jua,
Laluinya dengan hati yg terbuke...

Kene phm, mulut bising bukan saje2,
Ad isi dan situasi yg sentiasa kene jage,
xkan org hambar nk biarkan aje,
Mestilah wujud insan sebagai pengubat duke lare...

Inikah dunia,
Bersyukur kerana dilahirkan di dunia,
Sentiase positive, mudah jek,
Xkan tu pun cikgu kene ajar kat sekolah,
Kalau gitu bina sekolah budi bhase,
Manner tu penting, kene ajar diri sendiri...

Keep it, darling...

Sahabat

Sahabat. . Seseorang yang Dia anugerahkan untuk kau. Pendengar, tempat luahan hati dan kau kena hargai. Selalunya kalau dah nama dia sa...