Monday, 21 January 2019

Sahabat

Sahabat.
.
Seseorang yang Dia anugerahkan untuk kau.
Pendengar, tempat luahan hati dan kau kena hargai.
Selalunya kalau dah nama dia sahabat, jarang sekali dia berkira.
.
Tapi,
Kau kena adil.
.
Kau juga kena buat hal yang sama dia buat pada kau.
Kerna apa, kita kan saling memerlukan.
Apa kau hidup atas dunia ni seorang diri.
.
Hargai semua insan yang hadir dalam hidup kau.

Aku

Ragam Belajar.
.
Sepanjang belajar, apa yang paling penting adalah sokongan dari sekeliling.
Banyak kali aku jatuh tersungkur.
Banyak kali aku rasa aku kenal diri aku dari orang lain.
Banyak kali aku rasa aku tak kenal diri aku.
Tapi hakikatnya orang sekeliling lebih kenal aku dari diri aku sendiri.
.
Terima kasih Allah.
Kau kenal aku lebih dari makhluk.
.
Terima kasih ayah.
Terima kasih ibu.
Paling sabar saat aku dah tak boleh fikir dengan tenang.
Paling sabar untuk dengar aku bercerita walau kadang sakit hati juga.
Terima kasih 😢.
Terima kasih adik beradik.
. 
Terima kasih kawan kawan secara langsung dan tak langsung,
.

Saturday, 1 September 2018

Adil

Tidak adil untuk diri sendiri apabila kita selalu ikut hati sendiri.
.
Tidak adil untuk diri sendiri apabila kita selalu ikut kata orang.
.
Tidak adil. Tidak adil.
.
Apa yang kau paham tentang adil ke tidak.
.
Selagi kau mampu, dan selalu percayakan Dia, semua keputusan yang kau buat adalah jalan yang terbaik.
.
Semakin kau dewasa, makin kau sedar banyak perkara.
.
Asyik nak fikir diri sendiri je, sampai bila?
Atau memang kau duduk dunia ni seorang diri.
.
Redha. Ingat Dia.

Thursday, 28 June 2018

Husnuzon

Husnuzon.
.
Konsep husnuzon ni adalah konsep bersangka baik.
.
'Firman Allah swt:
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”(Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)
.
Kau kena didik diri kau supaya husnuzon dalam setiap aspek kehidupan yang kau hadap.
.
Blog ni aku wujudkan adalah bertujuan untuk aku didik hati aku sendiri supaya lebih bersifat terbuka dan menerima.
.
Setiap aspek kehidupan yang kita tempuh ni Dia dah aturkan, kau hanya perlu jalankan kehidupan seharian dengan redha dan  selalu bersyukur. 
.
Aku masih belajar, terkadang aku leka, aku lalai, aku terlari dari landasan. Aku juga manusia.
.
Lain orang lain cara.
.
Allah itu selalu dengan aku, kau dan kita semua. Terima Kasih Allah kerana tak pernah lupakan hambanya.

.

Saturday, 12 May 2018

Dia ada

Dia ada.
.
Kau lahir. Dengan izin Dia.
Kau hidup. Dengan izin Dia.
.
Hidup. Tak meriah tanpa ujian.
Dia uji kau ikut kemampuan kau.
Awal awal Dia dah sebut dalam Al-Quran.
.
Tapi,
Ego manusia untuk redha dengan ketentuan Dia bukan mudah. Sebab tu dia kata siapa yang redha akan dapat ganjaran.
.
Kita buat banyak dosa, Dia tetap bagi nikmat pada kita.
Dia ada untuk kau bila bila masa saja.
Usah gundah gulana. Tetapkan iman.
Yakin lah Dia di sisi.
.
Aku juga pendosa.
Aku juga ingin ke syurga.
Berdoa supaya sama sama kita ditetapkan hati. Amin.
.
Dia ada.

Sunday, 6 May 2018

Jodoh

Jodoh.
.
Pabila berbicara pasal jodoh,
Senyum tersipu-sipu si Ude dan si Dara.
.
si Ude,
Tanggungjawab yang akan kau galas,
Itu yang akan mematangkan kau,
Tapi jangan kau lupa,
Siapa diri kau, itulah pasangan kau.
.
si Dara,
Tanggungjawab kau untuk melahirkan generasi akan datang,
Itu yang kau perlu galas,
Tapi jangan kau lupa,
Silap mendidik, binasa dunia.
.

AJAL

Ajal.
.
Setiap manusia akan lalui.
Inilah hidup.
.
Tapi isunya,
Bersediakah kau?
Cukup dah amalan kau?
Cukup gembirakah kedua orang tua kau?
Orang sekeliling kau, adakah semuanya gembira dengan kehadiran kau?
Agama kau?
.
Dia tahu.
Cukup masa.
Tak terlebih dan terkurang.
Dia bawa kau pulang.
.
Berbuat baiklah.
Tak kira dengan siapa.

Wednesday, 17 February 2016

Aku Siapa?

                                                                              Aku Siapa?

1.

aku selalu berpegang pada prinsip ' kenapa nak hirau apa orang kata'

tapi kekadang aku sendiri terkandas dengan prinsip aku sendiri.

senang kan. senang nak kandaskan diri sendiri.

2.

aku banyak mulut,

cikgu kata ada saja benda yang nak aku bantah.

kenapa? kenapa? kenapa?

sebenarnya, aku nak penjelasan. aku bukan nak bantah.

kenapa payah nak terangkan pada aku?

aku terima, setuju ke tidak itu belakang kira.

3.

pada aku,

setiap pendapat atau pandangan orang kena terima.

setuju ke tidak belakang kira.

4.

cakap tak serupa bikin.

menjadi sejenis manusia yang banyak cakap menyebabkan aku banyak fikir.

ah kau.

5.

pendapat aku/pandangan aku.

susah aku nak keluarkan dari minda aku.

aku selalu rasa yang pandangan aku sukar orang nak terima atau baca.

aku simpan rapi lagi.


________________________________________________________________________________

dugaan hidup.

kau kena hadap.

kau mampu sebab tu kau hadap.

marah. nak marah siapa.

kau siapa.


Monday, 4 January 2016

4 Jan 2016

Hidup ini sekolah.

Cikgu kau persekitaran.

Siapa kita pada masa akan datang dipengaruhi persekitaran.

Orang lain mungkin tak faham, apa sebenarnya yang kau aku cari dalam hidup.

Kenapa nak hirau, selagi Dia tahu kebenarannya.





Sunday, 25 October 2015

dewasa seorang pelajar

dewasa seorang pelajar.
tetap ada tidak matangnya.

dewasa seorang pelajar.
tetap bergantung pada gurunya.

dewasa seorang pelajar.
tetap perlu tunjuk ajar.

dewasa seorang pelajar.
tetap perlukan masanya sendiri.

dewasa seorang pelajar.
masih berharap dewasa lain memahami dewasa seorang pelajar.

maaf jika dewasa seorang pelajar ini tidak memikat hati.
maaf jika dewasa seorang pelajar ini buatmu sakit hati.
maaf jika dewasa seorang pelajar ini buatkan hidupmu kacau bilau.

kami hargai jasa, pengorbanan serta kasih sayang dari dewasa yang lain.
tapi terkadang dewasa seorang pelajar ini melampaui batas.

mohon tegur.
mohon nasihat.
mohon tunjuk ajar.
mohon halal ilmu.

Sunday, 1 February 2015

Bertanya

Mereka selalu bertanya.
Bertanya dan bertanya.
Tidak bosan walaupun dengan jawapan yang sama

Pertanyaan mereka terkadang sepi.
Terkadang mengguris hati.
Terkadang menggembirakan hati.
Terkadang berdoa tiada pertanyaan lagi.

Jawapan yang sama.
Dari orang berlainan dan mungkin sama.
Tetap lancar melontarkan jawapan walaupun berkali kali ditanya.

Sesungguhnya mereka tidak sendirian.
Berdiri sama tapak.
Berteduh sama bumbung.

Sahabat

Sahabat. . Seseorang yang Dia anugerahkan untuk kau. Pendengar, tempat luahan hati dan kau kena hargai. Selalunya kalau dah nama dia sa...